PBT perlu perkenal dasar keselamatan makan di jalan awam - Utusan Malaysia

PBT perlu perkenal dasar keselamatan makan di jalan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Agensi berkaitan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memperkenalkan dasar mengawal keselamatan orang ramai ketika makan di jalan-jalan awam.

Anggota Majlis Keselamatan Jalan Raya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, mereka perlu melihat tragedy baru-baru ini yang mana seorang wanita maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) merempuh pelanggan ketika menjamu selera di sebuah restoran di Taman Equine dengan serius kerana kejadian itu menimbulkan isu keselamatan apabila meletakkan meja di tepi jalan untuk pelanggan.

“Ini terbukti berbahaya dan boleh mengundang bencana. Kejadian sama pernah berlaku pada Jun 2003 di Seksyen 14, Petaling Jaya apabila sebuah kereta merempuh pelanggan yang duduk di luar restoran mamak 24 jam.

“Dilaporkan bahawa pihak berkuasa tempatan pada masa itu mengisytiharkan bahawa semua kedai makan dan restoran termasuk gerai mamak perlu berhenti meletakkan meja, kerusi atau bangku di luar premis mereka.

“Namun, disebabkan penguatkuasaan yang lemah, masih banyak kedai makan yang meletakkan kerusi dan meja di luar premis mereka termasuk di laluan pejalan kaki rumah kedai yang menyusahkan orang ramai terutamanya mereka yang kurang upaya. Ia kelihatan seperti arahan sedemikian tidak pernah dikeluarkan dan dikuatkuasakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN