Pas tidak tahu cubaan jatuhkan MB - Utusan Malaysia

Pas tidak tahu cubaan jatuhkan MB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 26 Nov. – Pas Perak tidak mengetahui wujud gerakan untuk menyingkirkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melalui undi tidak percaya.

Razman Zakaria
Razman Zakaria 

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, pihaknya sama sekali tidak terlibat dan sehingga kini tidak dihubungi mana-mana pihak berhubung perkara tersebut.

Menurut Razman, Pas Perak berpegang kepada prinsip yang mengiktiraf kerajaan sedia ada berlandaskan proses demokrasi.

“Kita menentang dari awal tindakan menjatuhkan kerajaan sebagaimana kita telah rasa pada tahun 2009, maka kita tidak akan melakukan perkara itu, itu tindakan yang jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Sesi Pendengaran Awam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak berkaitan akaun anak syarikat kerajaan negeri, MB Inc. di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Saarani Mohamad mendedahkan terdapat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri dari UMNO telah dihubungi lebih daripada seorang exco kerajaan negeri bagi mendapatkan sokongan untuk usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×