Parlimen: Lebih 57,000 pemastautin tetap dapat kerakyatan - Utusan Malaysia

Parlimen: Lebih 57,000 pemastautin tetap dapat kerakyatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan 57,191 pemastautin tetap telah dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia sejak 2008 hingga 30 September lepas.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini berkata, pertimbangan setiap permohonan turut mengambil kira aspek kemanusiaan serta diperincikan daripada peruntukan Perlembagaan Persekutuan termasuk memenuhi tempoh mastautin pemegang kad MyPR.

Beliau menjawab soalan Datuk Wong Tien Fatt (PH-Sandakan) yang ingin tahu dasar pertukaran kad pengenalan merah ke biru kepada golongan yang berkelayakan.

Mohd. Azis berkata, pemohon perlu mempunyai pengukuhan bahasa Melayu yang diukur melalui tiga komponen ujian pengetahuan iaitu lisan, membaca dan menulis selain melalui tapisan keselamatan polis.

Bagi pemohon berumur lebih 60 tahun yang gagal tapisan keselamatan, beliau berkata, mereka masih dipertimbangkan untuk dianugerahkan kewarganegaraan sekiranya kesalahan dilakukan sudah melebihi 20 tahun dan bukan daripada kategori jenayah berat, profesional atau terancang. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN