KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menambah lebih banyak penglibatan rakan strategik dalam inisiatif baharu program Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bagi membekalkan barangan pada harga berpatutan menggunakan jenama barangan itu sendiri. Langkah itu yang juga bertujuan mengelak monopoli pihak tertentu, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen. Beliau berkata, penyertaan syarikat peruncitan yang berkaliber dan mempunyai kewangan kukuh juga akan ditambah dari semasa ke semasa.…










