Papan tanda tulisan Cina: MB jumpa Sultan esok - Utusan Malaysia

Papan tanda tulisan Cina: MB jumpa Sultan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 20 Nov. – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari akan mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok berhubung isu papan tanda jalan yang menggunakan tulisan Cina di negeri ini.

Amiruddin bagaimanapun enggan mengulas panjang berhubung isu itu dan hanya memaklumkan pertemuannya dengan Sultan Selangor esok untuk urusan pentadbiran kerajaan negeri.

“Esok..esok..saya akan mengadap Sultan Selangor esok,” katanya ringkas ketika ditemui selepas majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor di Stadium Malawati di sini hari ini.

Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin  Idris Shah menitahkan agar papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina di Shah Alam ditanggal dan digantikan dengan papan tanda jalan satu bahasa iaitu bahasa Melayu sahaja.

Titah itu disampaikan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani melalui surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya dan juga Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd. Saad.

Dalam surat itu, Sultan Sharafuddin bertitah agar, operasi bagi menanggalkan semua papan tanda jalan berbahasa Cina tersebut dibuat segara dan ia mesti diselesaikan sebelum 11 Disember, iaitu tarikh ulang tahun keputeraan baginda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN