SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sedang menjalankan kerja-kerja menurunkan papan tanda jalan yang mempunyai tulisan bahasa Cina di beberapa tempat di sekitar daerah ini bermula semalam.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, kerja-kerja tersebut dilakukan secara berperingkat dan dijangka selesai dalam masa terdekat.
“MBSA menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor agar papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina digantikan dengan papan tanda jalan yang memaparkan bahasa Melayu sahaja.
“Untuk makluman, tindakan segera telah diambil oleh pihak MBSA dengan menurunkan papan tanda berkenaan di semua lokasi,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










