Pantau projek pastikan ikut spesifikasi - Utusan Malaysia

Pantau projek pastikan ikut spesifikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 22 Nov. – Kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri supaya memantau semua pembinaan bangunan

yang dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) bagi mengelak kejadian seperti runtuhan siling yang

berlaku di Planetarium Melaka pada Selasa lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Mohd. Sofi Abdul Wahab berkata,

arahan tersebut perlu dikeluarkan setelah pihaknya mengenal pasti punca kejadian itu disebabkan oleh pembinaan bangunan yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Sekiranya ada bangunan lain yang didapati tidak mengikut spesifikasi pembinaan kita akan arahkan supaya premis itu

dikosong dan ditutup bagi mengelakkan sebarang kemalangan tidak diingini berlaku.

“Bangunan-bangunan yang terlibat perlu dibaiki sebelum dibenarkan beroperasi semula,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kerajaan negeri semalam mengarahkan supaya Planetarium Melaka ditutup sementara atas faktor keselamatan selepas

dindingnya runtuh dalam kejadian hujan lebat dan ribut pada Selasa lalu. UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN