KUALA LUMPUR – Pemandu kenderaan yang memandu secara berhemah serta mematuhi peraturan jalan raya akan berpeluang mendapat rebat petrol dan tol bermula tahun depan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya dimaklumkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) sedang membangunkan aplikasi khas untuk memberi ganjaran kepada pemandu berhemah yang mempunyai skor baik.
“Mereka (Petronas) membangunkan sebuah aplikasi untuk menilai gaya pemanduan dalam tempoh ditetapkan, mungkin sebulan untuk mengumpul mata yang boleh ditukarkan kepada rebat petrol atau tol.
“Saya percaya dengan pendekatan dalam bentuk ganjaran ini dapat mendidik rakyat menjadi pemandu lebih baik,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Kenderaan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










