KUALA LUMPUR 12 Nov. – Pendekatan mengoptimumkan sumber gabungan beberapa agensi bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) akan dapat membantu kalangan usahawan tempatan berkembang. Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md Yusof berkata, inisiatif usahasama antara Institut Keusahawanan Negara (Insken) dan Pusat Inovasi, Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), membuka peluang latihan dan bimbingan untuk usahawan muda pasti akan memacu potensi mereka meneroka pasaran. “Bagi memastikan daya saing mereka kukuh, kementerian akan terus bantu…










