Neymar, Mbappe resahkan PSG - Utusan Malaysia

Neymar, Mbappe resahkan PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 21 Nov. – Paris Saint Germain (PSG) resah menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang Liverpool, Rabu depan apabila Neymar dan Kylian Mbappe mengalami kecede­raan ketika beraksi buat negara masing-masing, hari ini.

Neymar, 26, terpaksa di­ke­luarkan seawal minit kelapan ketika Brazil menewaskan Cameroon 1-0 aksi persahabatan di Stadium MK, Milton Keynes, England.

Mbappe, 20, pula ce­dera bahu ketika Perancis me­numpaskan Uruguay 1-0 di Paris.

Neymar cuba meredakan keresahan penyokong dengan menegaskan, kecederaan dialami tidak serius dan yakin dapat diturunkan.

“Terima kasih kepada semua yang menghantar mesej mendoakan saya cepat sembuh.

“Jangan bimbang, saya fikir kecederaan ini tidak serius. Doktor akan melakukan imbasan untuk mengenal pasti masalah say,” katanya dalam Twitter.

Sementara itu, pengendali Perancis, Didier Deschamps juga mahu peminat bertenang dan menegaskan, tiada apa yang perlu dibimbangkan tentang Mbappe.

“Dia mengadu sakit bahu selepas terjatuh dan akan menjalani pemeriksaan lanjut pagi esok.

“Bagaimanapun saya tidak fikir kecederaannya serius atau bahunya tergeliat,” kata Deschamps.

Selepas empat perlawanan, Napoli dan Liverpool berkongsi enam mata manakala PSG di tangga ketiga Kumpulan C dengan lima mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×