Negeri Sembilan akan tangani isu kuil haram - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan akan tangani isu kuil haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan akan mengambil pendekatan yang sama dengan kerajaan persekutuan dalam menangani isu kuil haram di negeri ini.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, oleh itu kerajaan negeri akan menggunakan garis panduan yang digunapakai kerajaan persekutuan dalam perkara tersebut.

“Di Negeri Sembilan ada kuil-kuil ini yang telah digazetkan (diwartakan) dan ada juga yang belum digazetkan. Jadi, kita cuba memperbaiki keadaan ini supaya tidak berlaku lagi perkara seperti mana yang berlaku insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ25, Subang Jaya, Isnin lepas.

“Sebelum ini kerajaan negeri telah meminta rumah-rumah ibadat di negeri ini diwartakan supaya mudah bagi kita membuat pemantauan dan kawalan.

“Sebab itu kerajaan negeri mewujudkan jawatan Exco yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Bukan Islam di mana tujuannya adalah untuk memastikan tempat-tempat ibadat bukan Islam didaftarkan dan dikawal mengikut peraturan yang ditetapkan. Apa yang penting ialah memastikan tempat ibadat ini berjalan dengan baik,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata memang tidak dinafikan kuil-kuil haram ini terdapat di rizab sungai dan jalan serta di tanah persendirian, di bawah talian elektrik dan juga estet. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN