Nasri jalani latihan bersama West Ham - Utusan Malaysia

Nasri jalani latihan bersama West Ham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 22 Nov. – Bekas bintang Manchester City dan Arsenal, Samir Nasri sedang menjalani latihan bersama West Ham sebagai persiapan untuk kembali beraksi selepas tamat penggantungan akibat kesalahan doping.

Nasri digantung selama enam bulan selepas menerima rawatan di sebuah klinik di Los Angeles pada 2016 ketika dipinjamkan ke Sevilla dan UEFA menyatakan rawatan itu menyalahi peraturan yang ditetapkan Agensi Anti Doping Dunia (WADA).

Nasri kemudiannya mengemukakan rayuan terhadap hukuman awal yang diputuskan UEFA dan sekali gus menyaksikan dia hanya boleh menjalani latihan bersama kelab profesional bermula November.

West Ham dilihat sebagai destinasi terbaik Nasri selepas tamat penggantungan terutama dengan kehadiran Manuel Pallegrini.

Omnisport difahamkan, Nasri mula bersama The Hammers pada 15 November lalu dengan dia sedang berusaha meningkatkan kecergasannya untuk kembali beraksi, Januari ini.

Kali terakhir Nasri beraksi secara kompetitif ialah pada 26 November tahun lalu bersama kelab Turki, Antalyaspor ketika tewas 0-1 kepada Fenerbache.

Pemain berusia 31 tahun itu dilaporkan sedang berusaha untuk kembali cergas bagi mendapatkan kontrak baharu selama enam bulan dengan gaji 80,000 pound (RM427,740) seminggu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN