PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berada hampir empat jam di dalam bangunan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam dipercayai bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.
Kenderaan Proton Perdana yang membawa Najib dilihat tiba kira-kira pukul 9.25 pagi sebelum beredar pada pukul 1.15 petang.
Najib sudah beberapa kali hadir ke SPRM untuk memberi keterangan berhubung beberapa kes, dengan kali terakhir pada 8 November lalu.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











