PUTRAJAYA 8 Nov – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 9.40 pagi hari ini bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan seorang ahli parlimen menerima rasuah daripada sebuah syarikat kontraktor bagi sebuah projek. Najib yang masuk ke ibu pejabat tersebut melalui pintu belakang tiba selepas hadir menemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi mendengar prosiding sebutan kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya