Myanmar patut contohi Malaysia - Utusan Malaysia

Myanmar patut contohi Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Myanmar sepatutnya mencontohi Malaysia yang menerima orang asing apabila ia mencapai kemerdekaan 61 tahun lepas, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Rohingya perlu dilayan sebagai rakyatnya,” kata beliau pada sidang akhbar selepas menghadiri Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN 2018, yang diadakan bersempena Sidang Kemun­cak ASEAN ke-3 di sini semalam.

Dr. Mahathir berkata demikian apabila ditanya apakah yang perlu dilakukan ASEAN yang dianggotai 10 negara itu bagi membantu masyarakat Ro­hingya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cuba anda lihat, ketika Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957, kami mempunyai orang berketurunan asing. Kami terima kesemua mereka. Kini mereka menjadi warganegara. Mereka memainkan peranan dalam politik negara kami.

“Mereka hidup dengan bebas. Mereka tidak ditahan. Mereka tidak ditahan kerana bangsa atau sebagainya. Mereka mungkin ditahan kerana melakukan perkara yang salah, tetapi bukan kerana perbezaan kaum,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×