MyAngkasa lancar projek perumahan Angkasa Residence@Salak Perdana - Utusan Malaysia

MyAngkasa lancar projek perumahan Angkasa Residence@Salak Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 22 Nov. – MyAngkasa Bina Sdn. Bhd. anak syarikat Angkatan Koperasi Kebangsaan (Angkasa) melancarkan projek pembangunan perumahan pangsapuri perkhidmatan khusus untuk ahli koperasi dengan harga jualan bermula daripada RM330,000 di Salak Tinggi di sini.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, projek tersebut yang dibangunkan dengan kerjasama NCT United Development Sdn. Bhd. (NCT United Development) merangkumi sebanyak 478 unit rumah dan kemudahan lain seperti kolam renang, gimnasium, taman permainan kanak-kanak dan lain-lain.

“Projek ini terbuka kepada semua ahli koperasi yang berkelayakan termasuk kepada kakitangan kerajaan yang mendaftar sebagai ahli koperasi.

“Projek ini yang dijangka siap sepenuhnya pada 2021 terletak dilokasi yang sangat strategik dengan dikelilingi lebih 10 institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa antaranya
Kolej Teknologi Timur, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Xiamen Malaysia, Kolej Inti, Universiti Sains Islam Malaysia dan lain-lain,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis pelancaran projek Angkasa Residence@Salak Perdana di sini hari ini

Yang hadir sama, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda dan Pengarah Urusan NCT United Development, Datuk Seri Yap Ngan Choy.

Menurut Abdul Fattah, pelbagai keistimewaan lain turut disediakan kepada pembeli antaranya kos kemasukan sifar dan pembiayaan kewangan daripada institusi kewangan terpilih.

Sementara itu, Azih berkata, pihaknya mengalu-alukan langkah pemaju perumahan yang membina projek perumahan dengan mewujudkan kuota khas untuk kakitangan kerajaan yang mendaftar sebagai ahli koperasi.

Beliau berkata, projek tersebut yang terletak hanya 17 kilometer (km) dari Putrajaya dan 13 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) memudahkan kakitangan kerajaan yang bekerja di kawasan tersebut berulang-alik.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN