KOTA KINABALU – Jawatan Ketua Menteri Sabah sah menjadi milik Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam menggugurkan saman yang difailkan Tan Sri Musa Aman yang mendakwa pelantikan Shafie sebagai Ketua Menteri tidak mengikut perlembagaan pada 17 Mei lalu.
Pengguguran itu sekali gus membubarkan Exco-Exco negeri yang dilantik Musa ketika beliau menjawat jawatan Ketua Menteri pada 10 Mei lalu sebelum beliau kehilangan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada 12 Mei lalu.
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Yew Jen Kie berasaskan dua perkara utama iaitu kehilangan majoriti ADUN daripada parti yang diketuai Musa iaitu Barisan Nasional (BN) dan bidang kuasa Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin terhadap pelantikan Ketua Menteri.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











