AWAL minggu lalu, tular di laman-laman sosial tentang seorang model berdarah campuran British-Bangladesh yang telah menempa nama sebagai model lelaki pertama berketurunan Bangladesh muncul di pentas peragaan Minggu Fesyen London (LFW). Pemuda tersebut, Ramzan Miah, 25, dari Luton, Bedfordshire, England telah menjadi sensasi di laman sosial selepas wajahnya tular ketika menjayakan LFW pada September lalu. Karier Ramzan dalam bidang peragaan bermula selepas dia menyertai pertandingan pencarian model di sebuah pusat beli-belah di Luton. Seorang ejen pencarian bakat yang melihat potensinya telah menawarkan peluang kepada Ramzan untuk menyertai pertunjukan fesyen bagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya