KUALA LUMPUR 23 Nov. – Majlis Keselamatan Aktiviti Air Negara (MKAA) menyokong usaha Kementerian Pendidikan memperkenalkan pelajaran renang kepada murid dan pelajar sekolah dalam usaha meningkatkan kesedaran berhubung bahaya aktiviti air. Ahli MKAA, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, semua pihak termasuk syarikat swasta seperti hotel sepatutnya menyokong usaha tersebut kerana pendidikan keselamatan aktiviti air boleh membantu mengurangkan kes lemas melibatkan kanak-kanak. ”Sebenarnya pendidikan tentang keselamatan aktiviti air untuk kanak-kanak…










