KUALA LUMPUR 10 Nov. – Empat individu yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direman selama enam hari bermula hari ini untuk siasatan kes meminta suapan sebanyak RM2 juta bagi menyelesaikan kes seorang individu berpangkat Datuk Seri. Perintah reman kesemua suspek dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Bukhori Md. Ruslan di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini. Sumber berkata, tiga daripada individu terbabit ditahan kira-kira pukul 3 petang semalam dan seorang lagi…










