JUMAAT ini merupakan hari terakhir kepada sejumlah rakan-rakan penulis untuk meninggalkan Kosmo! selepas bertahun-tahun mereka bersama-sama dengan akhbar arus perdana ini. Perasaan sayu dan hiba tentu sekali tidak dapat digambarkan apatah lagi Kosmo! sudah menjadi ‘rumah kedua’ mereka. Di sinilah mereka siang dan malam mencari rezeki menanggung keluarga. Di sinilah mereka mencurahkan keringat, berhempas-pulas menghasilkan berita-berita terbaik untuk tatapan jutaan pembaca. Beberapa minggu lepas, selepas tawaran Skim Pemisahan Sukarela (VSS)…










