Messi Ganu beralih ke Red Giants? - Utusan Malaysia

Messi Ganu beralih ke Red Giants?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Pemain tengah Terengganu, Faiz Nasir yang dikhabarkan hampir pasti menyarung jersi Melaka United musim depan dikatakan telah berubah fikiran dengan destinasi baharunya ke skuad Red Giants.

Khabar angin ini mungkin boleh berlaku memandangkan jurulatih Melaka United Zainal Abdin Hassan terdahulu memberitahu dia sudah bersemuka dengan Faiz, namun pengesahan sama ada pemain lincah itu menerima atau tidak hanya akan diketahui lewat minggu ini.

Kenyataan Zainal itu sekali gus mengesahkan sebarang kemungkinan terhadap keputusan Faiz atau lebih terkenal dengan julukan Messi Ganu untuk memilih Melaka atau Selangor masih boleh berlaku.

Dalam pada itu, jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim sentiasa mendoakan yang terbaik kepada mana-mana bekas anak didikannya meskipun mereka berhijrah ke pasukan lain.

“Inilah lumrah bola sepak. Pemain sentiasa datang dan pergi. Bagi saya, Faiz sangat menyerlah tahun ini dan banyak pasukan mahukan khidmatnya.

“Saya akur dengan keputusan yang dilakukan pemain tengah itu bagi mencari haluan baru musim depan,” katanya ketika dihubungi Utusan Online baru-baru ini.

Faiz mencetus impak terhadap persembahan Terengganu terutama pada peringkat akhir Piala Malaysia menentang Perak 27 Oktober lalu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN