GUA MUSANG – Selepas enam bulan bertarung nyawa, seorang pelajar berusia 13 tahun yang menderita penyakit injap jantung berlubang akhirnya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibunya di Taman Agropolitan Rantau Manis di sini kelmarin.
Muhamad Azrul Shazwan Mat Safie atau panggilan mesranya Ayong yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Asap, di sini disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.30 petang.
Ibunya, Rosmawati Mat, 50, berkata, anak keenam daripada lapan beradik itu dilihat tenat ketika azan Asar berkumandang dan terus meninggal dunia dalam keadaan tenang di pangkuannya sebaik azan selesai.
“Setengah jam sebelum itu, arwah meminta ayam goreng KFC dan sepasang pakaian baharu untuk dipakainya. Saya bergegas membeli sepasang pakaian baharu dan ayam goreng KFC di bandar ini.
“Ayong hanya sempat memakan secebis ayam goreng. Seluar pula hanya dapat dipakai separuh sahaja manakala baju tidak sempat dipakai selepas melihat keadaannya yang semakin tenat,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











