KUALA LUMPUR 4 Nov. – Penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan telah menang dalam Pemilihan PKR peringkat negeri Sabah, sekali gus mengejutkan ramai pihak yang meramalkan lawannya, Rafizi Ramli akan menang besar di negeri tersebut. Mengikut keputusan tidak rasmi yang dilaporkan oleh Malaysiakini, Azmin memperoleh 10,467 undi berbanding Rafizi yang mendapat 8,882 undi selepas proses pemilihan diadakan dua hari sejak semalam melibatkan 24 daripada 25 Cabang. Berdasarkan keputusan tidak rasmi itu, membolehkan Mohamed Azmin kini mengumpul 60,091 undi, manakala Rafizi pula dengan 56,796 undi. Kini,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya