TAMAN bimbingan kanak-kanak kelolaan Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dengan panggilan Tabika Kemas wujud sejak puluhan tahun dahulu. Antara tujuan penubuhannya adalah untuk memberikan bimbingan kepada kanak-kanak seusia 4 hingga 6 tahun dalam kalangan keluarga marhaen. Tabika ini mengguna pakai Kurikulum Standard Pra-Sekolah Kebangsaan iaitu memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani dan rohani. Usaha ini bertujuan melahirkan pewaris cemerlang negara yang dibimbing dan dididik dalam…










