MBSA selesai pasang papan tanda jalan baharu ganti tulisan Cina - Utusan Malaysia

MBSA selesai pasang papan tanda jalan baharu ganti tulisan Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menyelesaikan proses pemasangan 45 unit papan tanda baharu bagi menggantikan papan tanda tulisan Cina di daerah ini semalam. 

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, proses pemasangan tersebut berjaya disiapkan lebih awal berbanding tempoh yang disasarkan oleh pihaknya sebelum ini iaitu pada penghujung bulan ini.

Katanya, kos pemasangan papan tanda baharu berjaya dijimatkan dengan anggaran RM12,000 berbanding kos sebenar iaitu RM18,000.

“MBSA menjunjung kasih titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menggantikan kesemua papan tanda tulisan Cina di daerah ini.

“Kesemua proses pemasangan papan tanda baharu berjaya diselesaikan semalam,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat penuh ahli majlis MBSA di Wisma MBSA di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kerja-kerja pemasangan papan tanda baharu susulan titah Sultan Sharafuddin supaya semua papan tanda yang mempunyai tulisan cina ditukarkan kepada papan tanda yang hanya menggunakan bahasa Melayu.

Penurunan papan tanda dwibahasa itu harus diselesaikan sebelum sambutan Hari Keputeraan ke-73 Sultan Sharafuddin pada 11 Disember ini.

Dalam perkembangan berlainan, Ahmad Zaharin menegaskan segala persiapan sempena sambutan Hari Keputeraan ke-73 Sultan Sharafuddin di daerah ini sedang rancak dijalankan pihaknya.

“Ini termasuk mewajibkan mengibarkan bendera negeri Selangor di bangunan dalam daerah ini serta papan visual elektronik memaparkan sambutan Hari Keputeraan Sultan Sharafuddin,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN