MBPJ: Tiada kompromi premis bolot petak parkir - Utusan Malaysia

MBPJ: Tiada kompromi premis bolot petak parkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 22 Nov. – Sebanyak 15 premis perniagaan sekitar Damansara Uptown, SS 21 di sini di­serbu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) atas ke­salahan meletak hala­ngan pada petak letak kenderaan tanpa kebenaran.

Pegawai Komunikasi Korporat MBPJ, Ahmad Iskandar Mohamad Mukhtar berkata, pemeriksaan terhadap lebih 30 petak parkir turut melibatkan beberapa petak sewa khas yang diperuntukkan kepada pemilik premis sedia ada.

Katanya, tindakan menyita serta-merta dilakukan kepada semua bentuk halangan yang diletakkan dalam kotak parkir seperti tayar, kon dan papan tanda khas.

“Kebanyakan petak yang di­salahgunakan itu membabitkan premis perniagaan servis kenderaan yang menjadikan kawasan parkir di hadapan premis untuk tujuan perniagaan.

“Tindakan kompaun seba­nyak RM250 dike­luarkan kepada pemilik premis yang bertindak mengecat sendiri empat petak khas di hadapan premisnya tanpa kebenaran,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Operasi bermula pu­kul 9.30 pagi itu diketuai Penolong Akauntan Jabatan Perbendaharaan MBPJ, Zey Iskandar Mohd. Jalil yang bertindak berdasarkan aduan awam ekoran kekurangan tempat letak kenderaan di kawasan itu.

Sementara itu, me­nurut Zey Iskandar, tindakan menghitamkan semula cat merah turut dilakukan terhadap empat petak di hadapan premis servis ken­deraan di Jalan SS 21/1A di sini.

“Amaran pembatalan lesen perniagaan turut dikeluarkan sekiranya pemilik premis berkenaan gagal membuat permohonan untuk menyewa kesemua empat petak berkenaan dalam tempoh 24 jam hari ini.

“Operasi hari ini adalah pe­ringatan kepada pemilik premis terutamanya bengkel servis kenderaan untuk tidak meletakkan halangan pada petak parkir awam yang tidak disewakan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN