KUALA LUMPUR 23 Nov. – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperkenalkan permohonan permit tapak Tahun Baharu Cina dalam talian bermula 21 lalu hingga 4 Disember ini.
MBPJ dalam satu kenyataan memberitahu, permohonan itu boleh diakses pada bila-bila masa sahaja dalam tempoh 14 hari di laman web elesen. mbpj.gov.my.
“Kaunter bantuan dalam talian turut disediakan di Lobi Menara MBPJ pada 21 hingga 23 November manakala 26 hingga 30 November ini pukul 9 pagi selama tiga jam.
“Pemohon permit tapak perlu membawa salinan kad pengenalan, gambar berukuran passport dan salinan bil elektrik atau air,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambah kenyataan tersebut, MBPJ memperuntukkan sebanyak tiga lokasi tapak Tahun Baharu Cina yang melibatkan 53 petak keseluruhannya iaitu Pasar Kampung Cempaka. Pasar Awam Jalan Othman, Pasar Taman Megah- UTUSAN ONLINE










