Mayat tanpa kepala ditemukan terapung di laut - Utusan Malaysia

Mayat tanpa kepala ditemukan terapung di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KEDAH 22 Nov. – Mayat seorang lelaki tanpa kepala ditemukan terapung kira-kira 6.3 batu nautika barat Pulau Bunting, Yan di Jerai pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul  9 pagi daripada seorang nelayan yang menemukan mayat itu ketika melalui kawasan tersebut.
 
“Pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah menggerakkan sebuah bot bersama empat anggota ke lokasi tersebut.
 
“Mayat dibawa ke Jeti Feri Kuala Kedah dan diserahkan kepada pihak polis untuk proses selanjutnya,” katanya di sini hari ini.
 
Tambahnya, sehingga kini pihak Maritim Malaysia Zon Kuala Kedah tidak menerima sebarang aduan daripada orang awam tentang kehilangan ahli keluarga.
 
“Orang ramai jika ada kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579,” katanya.
 
Tambah beliau, mayat tersebut dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk dibedah siasat. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN