Maut selepas ziarah isteri bersalin - Utusan Malaysia

Maut selepas ziarah isteri bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Perjalanan pulang seorang anggota polis berpangkat lans koperal selepas menziarahi isterinya yang baru bersalin ber­-akhir tragedi apabila dia maut dalam nahas membabitkan sebuah Perodua Kancil dengan sebuah lori jenis Toyota Dyna Hi-Ace di Kilometer 138, Jalan Kuantan-Segamat dekat Rompin semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, Raja Ahmad Faris Raja Maz­lan, 29, yang memandu Perodua Kancil disahkan maut di tempat kejadian.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu ialah pemandu lori, Wang Aji@ Wang Lip Hua, 39.

Ketua Polis Daerah Rompin, De­puti Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang bertu­gas di Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dalam perjalanan menuju daerah ini dari Segamat sebelum kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN