Matlamat KR1M gagal - Utusan Malaysia

Matlamat KR1M gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Nov.- Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang diperkenalkan pada tahun 2011 gagal dalam matlamatnya untuk menawarkan barangan pada harga murah dan berkualiti kepada pengguna.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, mengikut penelitian kementerian dan maklum balas daripada orang ramai, barangan dan produk yang dijual di KR1M sebelum ini tidak murah seperti diharapkan walaupun menggunakan jenama sendiri KR1M.

“Ini aduan yang diterima dan kami memandang bahawa harga barangan adalah dikawal oleh kuasa pasaran dan kita tak boleh untuk campur tangan terlalu banyak dalam penentuan harga dalam kuasa pasaran.

“Oleh itu apa yang akan dilakukan oleh kerajaan sekarang di bawah inisiatif baharu adalah untuk menawarkan barangan pada harga berpatutan. Dahulu matlamat KR1M memang memesongkan rakyat kerana barangan yang dijual tidak murah dan mutu tidak baik oleh itu program tersebut gagal,” katanya dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) yang meminta penjelasan sama ada hasrat kementerian untuk menjenamakan semula KR1M dan menawarkan barangan dengan harga berpatutan adalah terpesong dengan matlamat asal untuk membantu rakyat berpendapatan rendah membeli barangan pada harga murah.-UTUSAN ONLINE.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN