PERBEZAAN 12 mata dengan pelumba Marc VDS, Franco Morbidelli langsung tidak mematahkan semangat pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah bagi memburu gelaran rookie terbaik dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini. Hafizh yang beraksi bersama pasukan Yamaha Tech 3 ketinggalan 12 mata di belakang juara dunia Moto2 musim lalu itu, namun masih berpeluang untuk memintasnya dalam saingan yang berbaki dua perlumbaan lagi. Justeru, pelumba berusia 24 tahun itu berkata, peluang untuk memintas kedudukan Morbidelli tetap ada tetapi dia perlu menamatkan perlumbaan di Malaysia dan Valencia dalam kelompok 10 teratas. “Perbezaan mata…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya