Marko ‘berbulu’ dengan Ocon - Utusan Malaysia

Marko ‘berbulu’ dengan Ocon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Penasihat pasukan Red Bull, Helmut Marko meng­utarakan rasa tidak puas hati dengan insiden pe­langgaran antara pelumbanya, Max Verstappen dengan pelumba Force India, Esteban Ocon pada Grand Prix (GP) Brazil, Ahad lalu.

Verstappen merupakan pencabar utama kejua­raan pada perlumbaan di Litar Interlagos setelah jentera RB14 menunjukkan kepantasan maksimum berbanding jentera Mercedes dan Ferrari.

Malah, pelumba Belanda tersebut mampu memanfaatkan tayar baharu untuk bertahan lama, sekali gus memberi cabaran besar kepada Hamilton bagi merebut posisi pertama pada saingan berkenaan.

Bagaimanapun, berlaku kecelakaan pada pusi­ngan ke-44 apabila Ocon bertindak cuba memintas pelumba Red Bull tersebut hingga berlaku pelanggaran di selekoh pertama menyebabkan Verstappen yang mendahului perlumbaan ketika itu terpaksa berputih mata terlepas kemenangan kepada Ha­milton.

“Sebagai pelumba Mercedes yang telah dijamin tempat untuk tahun 2020, sukar untuk percaya bahawa Ocon me­lakukan kesilapan dan menyebabkan pelanggaran tidak masuk akal tersebut.

“Pasukan teknikalnya patut memberi peringatan bahawa jentera di depannya merupakan pendahulu perlumbaan, bahkan menggunakan tayar baharu. Jadi, dia tidak perlu untuk memintas memandang­kan Ocon di kedudukan ke-16.

“Akibatnya, pelumba dungu itu telah dikenakan 10 saat penalti dan kemenangan Verstappen diragut. Sepatutnya Ocon digantung satu perlumbaan,” tegas Marko.

– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN