Maritim Malaysia tahan bot Vietnam - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia tahan bot Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 22 Nov. – Agensi Penguatkuasaan Maritm Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot Vietnam bersama 21 nelayan kira-kira 43 batu nautika dari timur Kuala Pekan, Pahang kelmarin.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Pahang, Kapten Maritim V.Pannir Selvan Veloo berkata, tangkapan salah satu daripada dua buah bot yang dikesan pada jarak sedemikian jarang berjaya kerana penceroboh mudah lolos ke perairan antarabangsa.

“Hasil daripada maklumat risikan dan aduan orang awam, Kapal Ronda Maritim Malaysia telah mengesan dua buah bot nelayan  sedang melakukan aktiviti tunda ganding.

“Hasil pemeriksaan bot nelayan tersebut,  mereka disyaki cuba kelirukan pihak berkuasa dengan menggunakan nombor pendaftaran bot tempatan, dan ketika itu membawa ikan campur serta ikan baja yang dianggarkan seberat 3 tan.

“Keseluruhan barang rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai hampir RM500,000 kata beliau,” kata beliau dalam sidang akhbar di Pengkalan Maritim Kemaman hari ini.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokuman pengenalan diri yang sah dan Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di kawasan perairan Malaysia tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan.

V.Pannir berkata, sehingga hari ini, Maritim Pahang telah melakukan hampir 651 pemeriksaan dan 55 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan. 

Dalam pada itu, beliau meminta kerjasama orang ramai membantu dalam menangani sebarang kesalahan atau jenayah di perairan negara dengan menghubungi Talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pahang di talian 09-5717345. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN