CHICO, Amerika Syarikat 21 Nov. – Penduduk California Utara yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran hutan besar baru-baru ini sekali lagi diuji apabila mereka bakal berdepan dengan keadaan cuaca tidak menentu termasuk hujan lebat dan lumpur tebal di pusat-pusat pemindahan sementara. Keadaan cuaca tersebut juga secara tidak langsung menyukarkan pasukan penyelamat untuk mencari dan membawa keluar mayat-mayat yang terperangkap akibat bencana kebakaran sebelum ini. Kebakaran itu menyaksikan sekurang-kurangnya 81 orang terkorban dan ratusan lagi dilaporkan hilang. Taburan hujan lebat dijangka turun selama beberapa hari bermula awal pagi ini di sekitar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya