Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 1,081 orang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 1,081 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Jumlah mangsa banjir di Melaka terus meningkat kepada 1,081 mangsa daripada 302 keluarga setakat pukul 8 pagi ini berbanding 868 mangsa daripada 239 keluarga malam tadi. 

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, sebuah lagi pusat pemindahan dibuka iaitu Balai Raya Seri Jeram di daerah Alor Gajah menjadikan kesemuanya lapan pusat dibuka di negeri ini.

Katanya, daerah Alor Gajah mencatat jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 951 orang penduduk membabitkan seramai 229 mangsa di Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Jelatang, 40 mangsa di Balai Raya Kampung Gadek dan 205 mangsa di SK Lesung Batu.

“Selain itu di Alor Gajah juga menempatkan seramai 102 mangsa termasuk 94 daripadanya merupakan pelajar  Sekolah Tahfiz Panchor, empat mangsa di Balai Raya Seri Jeram, 71 mangsa di Balai Raya Kampung Beringin dan 300 mangsa di SK Belimbing Dalam. 

“Seramai 130 orang penduduk ditempatkan di Balai Raya Kampung Tanah Merah, Krubong di daerah Melaka Tengah,” kata Effendy yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kejadian banjir di kawasan berkenaan dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan dari pukul 1.30 pagi hingga 5.30 pagi semalam. 

Menurut beliau, Pejabat Meteorologi Melaka memaklumkan cuaca di seluruh negeri pada petang ini diramal ribut petir di beberapa kawasan pedalaman dan hujan di satu dua kawasan pedalaman pada waktu malam. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN