MELAKA 21 Nov. – Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di dua daerah di Melaka berkurangan kepada 525 mangsa daripada 121 keluarga pagi ini berbanding 643 mangsa daripada 126 keluarga malam tadi. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata sebuah pusat pemindahan di Balai Raya Kampung Panchor, Alor Gajah yang menempatkan 102 mangsa termasuk 94 pelajar Sekolah Tahfiz Panchor dalam proses penutupan dan dijangka…










