Mane lanjut kontrak bersama Liverpool - Utusan Malaysia

Mane lanjut kontrak bersama Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 23 Nov. – Pemain Liverpool, Sadio Mane mendantangani kontrak baharu yang menyaksikan dia akan kekal bersama kelab itu sehingga 2023.

Pemain berusia 26 tahun itu menyertai skuad Jurgen Klopp daripada Southampton pada Jun 2016 dan berjaya menjaringkan 40 gol selain berjaya mencipta jentera serangan berbisa bersama Mohamed Salah dan Roberto Firmino.

“Saya sangat gembira untuk menyambung kontrak bersama Liverpool.

“Ini adalah hari yang sangat baik untuk saya dan saya tidak sabar untuk terus membantu pasukan menjulang trofi.

“Bagi saya, saya sudah buat keputusan terbaik dalam karier saya,” katanya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN