MALAYSIA tidak perlu tunggu Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo lahir di sini untuk menjadi sebuah negara yang hebat dalam bola sepak, tegas Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino. Beliau berkata demikian bagi menyambut baik usaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang melancarkan peta hala tuju atau Roadmap yang dikenal sebagai F:30 bagi menjadikan Malaysia sebagai lima negara terbaik Asia menjelang 2030. Infantino yakin dengan pelan perancangan yang diperkenalkan…










