PUTRAJAYA – Malaysia menyuarakan kebimbangan berhubung konflik yang berterusan di Yemen, terutamanya keselamatan orang awam dan jumlah korban yang semakin meningkat dalam kalangan wanita serta kanak-kanak. Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) hari ini, Malaysia menggesa semua pihak agar bersetuju mengadakan gencatan senjata dalam tempoh 30 hari akan datang, berikutan rundingan pimpinan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang akan diadakan di Sweden. Kenyataan itu menyebut Malaysia menyokong penuh gesaan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres agar semua pihak melibatkan diri dalam rundingan secara jujur dan seterusnya menegaskan bahawa satu-satunya penyelesaian berpanjangan kepada krisis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya