KUALA LUMPUR 1 Nov. – Malaysia naik sembilan anak tangga dan berada di tempat ke-15 daripada 190 negara dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2019 Bank Dunia yang dibentangkan di sini hari ini. Ia menjadikan Malaysia sebagai negara ASEAN yang menduduki ranking kedua tertinggi selepas Singapura yang menjadi penanda aras tertinggi global bagi mengukur tahap kecekapan sesebuah negara menjalankan aktiviti perniagaan. Tahun lalu, Malaysia berada di tempat ke-24. Dengan kedudukan itu, Malaysia mendahului beberapa negara lain seperti Kanada di tangga ke-22, Jerman (24), Jepun (39), China (46) dan India (77). – UTUSAN…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya