LRT ke Bukit Jalil dilanjutkan sehingga 1 pagi Sabtu ini - Utusan Malaysia

LRT ke Bukit Jalil dilanjutkan sehingga 1 pagi Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan LRT ke stesen Bukit Jalil dilanjutkan sehingga 1 pagi sempena perlawanan Piala Bola Sepak Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018, Malaysia menentang Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Rapid KL dalam suatu kenyataan berkata, para peminat bola sepak khususnya para penyokong pasukan Harimau Malaysia digalakkan menggunakan perkhidmatan tren yang turut meliputi perkhidmatan di laluan Ampang, Kelana Jaya dan perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang.

“Atas permohonan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Rapid KL akan melanjutkan perkhidmatan LRT dan MRT ke stesen Bukit Jalil pada hari Sabtu ini sehingga pukul 1 pagi bagi memudahkan orang ramai menyaksikan perlawanan berkenaan,” jelas kenyataan itu.

“Stesen-stesen lain ditutup seperti biasa tetapi penumpang boleh bertukar laluan di stesen integrasi sama ada di Maluri, Plaza Rakyat atau Merdeka,” tambah kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman sosial Facebook Rapid KL atau layari laman web www.myrapid.com.my. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN