SHAH ALAM – Sebuah litar lumba seluas lapan hektar akan dibina di kawasan Sungai Tua di sini bagi merancakkan bidang sukan permotoran di negeri ini. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, pembinaan tersebut susulan kejayaan Hafizh Syahrin Abdullah yang merupakan kelahiran negeri ini mencatat sejarah sebagai pelumba MotoGP pertama negara sebaris pelumba handalan dunia seperti Marc Marquez dan Valentino Rossi. “Pembinaan litar itu akan dilakukan melalui perkongsian awam swasta (Public…










