Lima penjenayah mati ditembak ketika samun kedai emas - Utusan Malaysia

Lima penjenayah mati ditembak ketika samun kedai emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan sekumpulan penjenayah dalam satu cubaan menyamun premis menjual barangan kemas di sebuah pasar raya di Kuchai Lama di sini petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, polis telah menembak mati lima lelaki warga tempatan.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, empat suspek telah ditembak di lokasi kejadian dan seorang lagi ditembak ketika cuba melarikan diri dengan kereta kira-kira satu kilometer dari kawasan kejadian.

“Seorang lagi berjaya diberkas polis dan turut dirampas dua pistol dan beberapa bilah parang serta sejumlah besar barang kemas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seorang anggota polis telah cedera akibat terkena tembakan semasa mengejar suspek dan kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN