HONG KONG 30 Nov. – Lima pelancong maut manakala 31 lagi cedera selepas bas persiaran yang dinaiki bertembung dengan sebuah teksi di pulau Tsing Yi di sini. Menurut pihak polis, bas berkenaan dalam perjalanan ke lapangan terbang Hong Kong semasa kejadian beralku. Seorang lelaki dan dua wanita maut di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di hospital. – AFP