Les Bleus serba tempang - Utusan Malaysia

Les Bleus serba tempang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 13 Nov. – Krisis kecederaan membayangi juara dunia, Perancis menjelang kunjungan ke Rotterdam untuk berdepan Belanda dalam sai­ngan Kumpulan 1, Liga Negara-Negara Eropah, Sabtu ini.

Empat bintang Liga Perdana Inggeris, Anthony Martial dan Paul Pogba (Manchester Uni­ted), Alexandre Lacazette (Arsenal) serta pertahanan Manchester City, Benjamin Mendy antara yang terpaksa disisihkan.

Pogba dan Martial tiba di kem latihan Les Bleus di Clairefontaine hari ini tetapi terpaksa dilepaskan selepas menjalani pemeriksaan dengan doktor pasukan, Franck Le Gall.

Memuatkan artikel berkaitan…

Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) ketika mengumumkan perkara itu turut menambah, Lacazette dipanggil menggantikan Martial tetapi digugurkan beberapa jam kemudian kerana isu kesihatan.

Pogba, 25, masih bergelut dengan kecederaan paha dan diketepikan ketika United tewas 1-3 kepada City, Isnin lalu manakala Martial dihimpit masalah pangkal paha sewaktu mengambil sepakan penalti dalam perlawanan itu. Mendy pula cedera di lutut.

Martial berada pada prestasi terbaiknya ketika ini selepas menjaringkan gol dalam lima perlawanan ter­akhir United.

Pengendali Perancis, Didier Deschamps memanggil pemain tengah Tottenham, Moussa Sissoko dan Alessane Plea dari Borussia Moenchengladbach sebagai pengganti.

Turut mendapat panggilan adalah muka baharu, Ferland Mendy dari Lyon.

Selepas bertemu Belanda, Pe­rancis berdepan Uruguay di Stade de France, Selasa depan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×