TAIPING 22 Nov. – Padah menimpa dua lelaki apabila mereka bukan sahaja berjaya dicekup malah seorang daripadanya cedera parah dalam kemalangan ketika melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Kaya di sini semalam. Lelaki berusia 27 tahun yang duduk di bahagian penumpang hadapan itu ditemukan pengsan dengan kesan kecederaan parah akibat tersepit dalam kemalangan berhampiran persimpangan lampu isyarat Changkat Ibol. Rakannya yang memandu kereta jenis Toyota Corrolla berusia 29 tahun bagaimanapun melarikan diri sejurus kemalangan berlaku. Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintenden Razlam Ab. Hamid berkata, kejadian pada pukul 7.30 pagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya