Lelaki nyaris jatuh pesawat luncur - Utusan Malaysia

Lelaki nyaris jatuh pesawat luncur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INTERLAKEN, Switzerland 
27 Nov. – Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas terpaksa bergayut selama dua minit pada palang pemegang ketika melakukan aktiviti luncur udara di sini baru-baru ini.

Mail Online melaporkan, kejadian yang hampir meragut nyawa itu berlaku ketika Chris Gursky berlepas pada ketinggian 1,200 meter dari sebuah gunung di sini bersama seorang juruterbang tandem.

Bagaimanapun juruterbang tandem itu terlupa mengikat Gursky pada pesawat luncur berkenaan.

Ketika berlepas, Gursky tiba-tiba tergelincir namun dia sempat berpaut pada palang pemegang selama dua minit 14 saat dan juruterbang tandem tersebut berusaha memastikan keselamatan lelaki itu sehingga mereka selamat mendarat.

Kejadian itu dirakam menerusi kamera yang dipasang pada pesawat luncur berkenaan dan dikongsi oleh orang ramai dalam Youtube.

Video tersebut menunjukkan Gursky berpaut pada palang ber­ke­naan menggunakan ta­ngan ki­ri­nya selain memegang belakang badan juruterbang tandem ketika mereka meluncur melintasi pokok dan padang luas.

Juruterbang tandem tersebut berusaha untuk mendarat de­ngan selamat namun berdepan dengan kesukaran untuk mengawal pesawat luncurnya.

Ketika pesawat luncur mereka semakin rendah, Gursky berpaut pula pada kaki juruterbang berkenaan sehingga selamat mendarat.

Namun, Gursky mengalami ke­­cederaan pada kakinya apabila ototnya terkoyak, selain terpaksa menjalani pembedahan kerana retak pergelangan tangan kesan hentakan ketika mendarat.

“Saya tidak menyangka kejadian itu akan berlaku namun saya bersyukur kerana masih terselamat dan saya tidak serik untuk melakukan aktiviti itu lagi,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN