Lelaki maut terkena tembakan rakan ketika buru babi hutan - Utusan Malaysia

Lelaki maut terkena tembakan rakan ketika buru babi hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT – Seorang lelaki maut selepas dia terkena tembakan rakannya ketika mereka menjalankan aktiviti memburu babi hutan di Segari di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 11.10 pagi, mangsa yang berusia 28 tahun itu maut selepas terkena tembakan daripada rakannya di bahagian tengkuk.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, siasatan mendapati kedua-dua lelaki tersebut dikatakan keluar menembak babi hutan di kawasan hutan berkenaan. 

“Mangsa bagaimanapun telah terkena tembakan oleh rakannya sebelum dia dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan teruk di bahagian tengkuk,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi. 

Tambah Muhammad Hanif, mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Ipoh, Hospital Raja Permaisuri Bauinun untuk proses bedah siasat. 

Katanya, ketika kejadian, hanya mangsa bersama rakannya sahaja berada di tempat kejadian.

“Polis telah menangkap rakan mangsa berumur 49 tahun berserta rampasan selaras senapang patah serta beberapa butir peluru hidup. 

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN