KUALA LUMPUR 6 Nov. – Seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas kereta Proton Saga dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebatang pokok berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Rawang, dekat sini awal pagi tadi. Dalam kejadian pukul kira-kira pukul 3 pagi itu, S. Saravana, 33, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya, K. Mathan yang juga 33 tahun mengalami kecederaan parah. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd.…










